Saturday 14 December 2013

Supplement VS Doa

Bila kita tengok iklan mengenai makanan tambahan @ supplement mesti akan bersoal jawab dengan diri sendiri.
"Perlu ke itu semua? Ah, tak perlulah.. Makanan yang dimakan hari-hari pon dah lebih cukup. Banyak makan, banyaklah zatnya."
Erk betul ke kawan-kawan semua? Banyak makan, banyak zat? Tapi selalunya kalau kita makan dengan banyak, kita akan menjadi kenyang yang melampau. Silap hari bulan boleh muntah balik, pening-pening, mengantuk dan semestinya menjadi malas. Macam ular sawa lah jawabnya..hehe. Nak ke?

Selain itu juga, banyak penyakit yang bermula kesan pengambilan makanan secara berlebihan ni. Tambahan pula, tidak semua makanan yang kita ambil tu merupakan makanan yang seimbang dan cukup dengan khasiat dan zat yang diperlukan oleh badan kita.
Piramid makanan
Piramid makanan
Piramid makanan di atas merupakan panduan anda dalam memilih jumlah makanan yang betul.

Selain tu, macam dah jadi lumrah orang kita, kalau promote je pasal supplement, apa yang perlu ambil, apa yang perlu elak, mesti akan keluar ayat-ayat keramat.
" Ala... tak payah... datuk moyang kita dulu ade ke vitamin-vitamin ni semua? Elok je hidup..." kan..?..kan....? mesti kengkawan dh biasa dengar kan... Cuba bandingkan pulak, kenapa nenek moyang dulu umur 70 masih kuat menebas hutan, orang zaman sekarang umur 40 dah ada serangan jantung? haaaa... jawab...jawab...
Hihi... Malah ada jugak anti-anti supplement ni akan kondem produk orang and selalu buat statement

" Saya berjaya sihat tanpa supplement!!! Anak saya debab tanpa supplement!!! Anak saya tak de makan vitamin pon dapat no 1 semasa periksa..!!!"

Betulll... Betul tu semua kawan-kawan... Sebab apa saya cakap betul? Sebab yang mengizinkan semua tu berlaku ialah pencipta kita.. pemberi ilmu tentang supplement ni kat kita iaitu ALLAH S.W.T!
Jadi tak salah semua tu...kalau makan supplement pon, kalau ALLAH tak izinkan, tak sihat jugak!
TAPI.......! oh ada tapi tapi pulak... ha apa yang tapinya tu?
Bagaimana boleh wujud supplement ni kalau ALLAH tak mengizinkan? Itu maksudnya ALLAH nak kita berusaha jaga kesihatan kita..Bukanlah bila kita makan supplement kita tak bergantung kepada DIA. Jangan fikir negatif macam tu... Sebenarnya bila kita dah bersupplement ini bermaksud kita menikmati rezeki yang ALLAH bagi kat kita ni... Jadi janganlah sombong sangat...

Nak sentiasa sihat, cergas.... Apa salahnya bersupplement? Sambil bersupplement, berdoa mintak ALLAH restu apa yang kita buat... Amboi..nak g soping boleh je mintak izin kat boipren.. Jadi apa salahnya, masa nak makan vitamin tu mintak izin dari ALLAH... "YA ALLAH Ya Tuhanku, aku makan vitamin ni sebab nak sihat agar boleh jaga diri, ibu bapa, tak menyusahkan sanak saudara, boleh layan suami dan jaga anak-anak dengan baik..Kau jadikanlah vitamin ini bermanfaat kepada tubuh badanku.Amin..."

Mintak macam tu... In shaa ALLAH, doa kita akan diperkenankan.. Kuasa ALLAH tiada hak.. Kalau DIA nak, racun pon boleh jadi ubat... Haip..!!! Saya tak cakap racun tu ubat tau... Jangan ambil tindakan bodoh ye... Saya tak nak bertanggungjawab..

Ok..berbalik kepada citer pasal mintak izin tadi.. Tapi ALLAH tak kan jawab terus yeh.. Kalau ALLAH jawab "YA" masa kita mintak tu, tak tahulah apa yang jadi kat kita... Jadi yakin akan kuasa ALLAH S.W.T bahawa DIA memang mahu membantu kita dan bantuan yang ALLAH turunkan itu adalah melalui supplement yang kita ambil ni..Amin. 

Secebis perkongsian saya.. Tepuk dada tanya jiwa.. Hah? Nak order vitamin? ok contact saya yeh... 017-6120160


No comments:

Post a Comment