Wednesday 26 June 2013

Punca dan Jenis kegemukkan

Apa itu kegemukkan.
**********************

Kegemukan adalah dimana berat badan kita melebihi 20 % berat ideal. Ini berlaku disebabkan kalori yang masuk ke dalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan. Ini akan menyebabkan berlakunya pengumpulan lemak di bahagian-bahagian tertentu badan. 


Punca Kegemukkan.Credit
***************************


RAMAI yang mengadu bahawa mereka tidak berjaya mendapat berat badan yang mereka idam-idamkan. Ada yang nak sangat turunkan berat badan, tapi tak boleh-boleh, badan tetap berisi, berat tetap tak mahu turun-turun.
Ada tu terbalik pula. Beratnya sedikit sangat. Tak habis-habis mencari formula untuk menambah berat badan. Pulak!


Jadi pembaca semua, hari ini saya akan kongsikan  petua-petua hebat daripada National Heart Lung and Blood Institute tentang 10 sebab mengapa badan boleh gemuk. Kenapa berat tak boleh-boleh nak turun.


 1. Tenaga yang tidak seimbang di dalam badan.
Untuk memastikan bahawa berat anda berada pada BMI atau berat normal yang ideal, anda perlu memastikan bahawa nilai tenaga yang ada di dalam tubuh anda berada pada kadar yang normal dan seimbang.
Seimbang ini bermakna nilai kalori dan tenaga yang anda perolehi mestilah berada pada kadar yang sama dengan jumlah tenaga yang anda keluarkan.
Tenaga atau kalori akan diperoleh melalui pemakanan manakala ianya akan dikeluarkan melalui aktiviti-aktiviti, senaman dan sebagainya.
Justeru, pastikan bahawa anda sentiasa menyeimbangkan nilai kalori dan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.
Banyakkan aktiviti riadah, kurangkanlah pengambilan kalori.


 2. Gaya Hidup yang kurang aktif.
Mengikut kajian, dengan menonton televisyen atau berada di hadapan komputer selama dua jam sehari secara berterusan, boleh dikaitkan dengan risiko penambahan berat badan!
Betul, kita tak boleh nak elakkan hal ni. Dah aku kerja memang menghadap komputer, nak buat macamana? Ya, sebab itu saya katakan, gaya hidup ini juga memainkan peranan yang cukup besar sekali dalam menentukan berat badan anda.
Kalau kita lihat juga dengan pembangunan ekonomi negara kita dan dunialah secara amnya, kita memang tak boleh nak menyangkal bahawa dunia semakin mengorak ke depan dan maju. Gaya hidup pun dah semakin jauh berubah.
Kalau dulu atuk-atuk dan nenek-nenek kita mampu berjalan beratus-ratus meter untuk ke kebun, kita hari ni macam mana? Ke kedai nak beli surat khabar pun naik kereta. Itulah dunia. 


3. Genetik dan faktor keluarga.
Yang ini semua tak boleh nak elak. Dah emak awak badan besar, dah bapa awak gemuk, nak buat macam mana? Kena terimalah. Redha sajalah apa yang ada (dengan berusaha).
Ya, kebarangkalian untuk anda menjadi gemuk adalah jauh lebih tinggi jika kedua ibu bapa anda turut gemuk.
Hasil kajian mendapati genetik juga mempengaruhi kadar pembetukan lemak di dalam tubuh anda. Ia juga mempengaruhi di mana dan bagaimana lemak-lemak itu bakal terkumpul di dalam anggota tubuh. Semua ini bergantung pada faktor keluarga dan genetik.


 4. Faktor kesihatan.
Beberapa jenis penyakit juga dikaitkan dengan faktor kegemukan. Antaranya ialah hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh), cushing syndrome dan polycstic ovarian syndrome.
Kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh akan merendahkan kadar metabolisme di dalam badan. Ini akan mengurangkan lagi nilai-nilai tenaga yang akan dikeluarkan, dan secara langsung akan meningkatkan berat badan anda.


 5. Ubat-ubatan.
Ubat yang anda gunakan juga boleh mempengaruhi akan berat badan seperti antidepresi, corticosteroid dan sebagainya. Sesetengah ubat yang diambil boleh merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh kita.
Ada juga yang secara tidak langsung mampu meningkatkan selera makan dan meningkatkan pengumpulan jumlah air di dalam tubuh.


 6. Faktor emosi.
Emosi juga memainkan peranan. Bila emosi kita terganggu, biasanya keseluruhan hidup kita juga akan terganggu, ya kan?
Bila anda tertekan, marah, stress, boring dan sebagainya, ini secara langsung akan mempengaruhi kadar pemakanan anda.
Ramai orang yang sedang berada di dalam keadaan ini akan mengambil lebih makanan untuk cuba meredakan tekanan hidup, untuk menghilangkan stres mereka ketika itu.


 7. Merokok.
Ya, yang nombor tujuh ni saya rasa sesuai untuk semua yang merokok. Boleh juga dikatakan berita gembira buat mereka semua.
Bukannya apa, sebab mengikut kajian, merokok ini dapat mengurangkan berat badan seseorang. Ini kerana nikotin yang terkandung di dalam rokok itu dapat meningkatkan lagi kadar pembakaran kalori di dalam tubuh.
Ha, sebab itulah kita selalu lihat ramai kawan-kawan kita yang berhenti merokok ni banyak selera makan. Sebab apa, ya? Ini kerana apabila mereka berhenti merokok, badan mereka akan membakar kalori dengan kadar yang lebih rendah, lebih lambat berbanding sebelumnya. Lemak-lemak pun lebih lambat untuk dibakar.
Kalau dulunya masa merokok, ada nikotin untuk meningkatkan pembakaran kalori, sekarang dah tak ada. Kalau dulu nikotin boleh tolong untuk jadi kurus, sekarang dah tak ada.
Jadi, sebab itulah mereka lebih gemuk selepas berhenti merokok, kerana mereka membakar nilai kalori lebih rendah setelah berhenti merokok.
Walau bagaimanapun bang, kak, dik, merokok merupakan salah satu tabiat yang amat berbahaya di dalam kesihatan dan kehidupan kita. Berhentilah merokok, kerana merokok itu lebih berbahaya jika dibandingkan dengan risiko penambahan berat badan,
Dengan merokok, anda akan meningkatkan kebarangkalian yang lebih berganda-ganda untuk  mendapat pelbagai jenis penyakit dan kanser. Sebut apa sahaja kanser dan penyakit di dunia, hampir keseluruhan risikonya ada kaitan dengan merokok.
Maka, nasihat saya, berhentilah merokok.


 8. Umur
Bila anda semakin berusia, anda akan mula kehilangan nilai dan kuantiti otot-otot anda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang aktif. Kekurangan otot-otot  secara tidak langsung akan merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh dan seterusnya meningkatkan lagi risiko penambahan berat badan.
Justeru, jika anda gagal untuk menurunkan nilai kalori yang ada di dalam tubuh anda, anda adalah lebih berisiko untuk mendapat kegemukan.


 9. Mengandung (Hamil).
Mengandung juga mempengaruhi kadar kegemukan anda. Ketika wanita hamil, mereka memerlukan lebih tenaga dan kalori untuk turut sama diperolehi anak mereka di dalam kandungan.
Ramai wanita-wanita yang mengadu bahawa mereka sukar untuk mengembalikan berat badan mereka yang ideal selepas melahirkan anak.


 10. Kurang tidur.
Ya, kurang tidur pun masalah. Banyak tidur masalah, kurang tidur pun ada masalah? Betul, apabila anda kurang tidur, anda turut mengalami risiko pertambahan berat badan.
Hormon yang dikeluarkan oleh tubuh semasa anda tidur akan mengawal kadar selera makan anda, juga akan mengawal kadar penggunaan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.
Contohnya, hormon insulin akan mengawal kandungan gula di dalam tubuh anda ketika anda tidur. Justeru, apabila anda kurang mendapat tidur, jangan terkejut jika nilai kandungan tenaga dan gula yang ada di dalam tubuh anda berada hampir sama dengan penghidap penyakit diabetes.
Lagi? Ya, apabila anda mendapat kurang tidur secara berterusan, anda juga akan memiliki sejenis hormon yang tinggi di dalam badan yang dipanggil sebagai ghrelin. Hormon ghrelin ini merupakan hormon yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kadar selera makan anda.
Pada masa yang sama, apabila kurang tidur, anda juga akan memiliki kandungan hormon leptin yang rendah di dalam tubuh. Hormon leptin ini bertanggungjawab untuk menahan selera makan anda.
Selain daripada punca-punca di atas, kita perlu tahu juga jenis kegemukkan kita. Sebab jenis kegemukkan ini juga mempengaruhi sebab-sebab kesukaran usaha kita kurang berhasil seperti yang kita mahukan.


Jenis-jenis kegemukkan.
*************************
Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu : 
Cinch dapat membei rasa kenyang yang lama.



Gemuk Air 
 
o Badan mengelembir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan. 
 
o Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian. 
 
Gemuk Angin 
o Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.
o Mudah mendapat sakit kepala.
(GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasai lengan tangan mengelembir dan lembik.)


Gemuk Daging 
o Badan berasa berat dan pejal.
o Mudah penat apabila melakukan tugas harian.
o Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.
o Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan.
GEMUK DAGING : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasa pejal dan padat.
Gemuk air dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil sedikit masa untuk turun.
Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.


Terdapat individu yang dapat menurunkan berat badannya dengan cepat dan banyak penurunan kg dengan hanya mengambil vitamin yang bersifat detox. Sekiranya anda termasuk dalam kategori gemuk daging, anda memerlukan agen pemecah dan pembakar lemak. Kombinasi ini lebih membantu.
Mahu menurunkan berat badan anda dengan selamat dan berkesan?
Hubungi saya
017-6120160 -Shidah.





Monday 10 June 2013

Collagen Powder

Shaklee Collagen Powder
*********************

Merupakan supplement/makanan tambahan yang unggul, mengandungi 4,000 mg Kolagen RSS (Sisik Ikan Merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang disekstrak dari sisik ikan merah. Kolagen shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekul. sekitar 1,000 Dalton amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
Tujuh ramuan utama termsuk ekstrak biji Camelia Japonica, kolagen ikan, ekstrak kekerang, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan Vitamin B, digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luar.

Shaklee Collagen Powder

Kolagen yang lasak dan mudah diserap


Manfaat Utama
*************

  • Memperlahankan proses penuaan.
Apabila semakin meningkat usia, tubuh kita menghasilkan semakin kurang dan semakin kurang kolagen, mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, disamping kulit yang semakin kendur. Walau bagaimanapun, umur bukanlah hanya satu faktor yang menyebabkan kekurangan penghasilan kolagen dalam tubuh kita. Kerosakan kolagen juga boleh disebabkan oleh faktor luaran seperti sinaratan matahari, radikel bebas di udara, air dan nutrisi, merokok dan lain-lain. Justeru, Shaklee Collagen Powder mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan proses kedutan.

  • Tampak lebih muda.
  1. Serbuk Kolagen Shaklee juga bermanfaat dalam membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula anak-anak rambut baru.
  2. Kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang, dan pangkal kuku akakn mengekalkan warna yang sihat.
  3. Kulita akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik. Kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini akan membantu mengurangkan parut.
  • Rasa lebih muda
  1. Kolagen adalah sama penting untuk tulang seperti jga tulang perukan kalsium. Kolagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinannya menjadi rapuh.
  2. Kolagen juga membantu mengurangkan kesakitan dan geseran di sendi-sendi.
  3. Baik untuk mata. Kornea memerlukan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal. 
  4. Memastikan otak sentiasa sihat. Sel glya membekalkan nutrisi kepada otak dan ini disokong oleh kolagen. Adalah penting untuk menentukan otak anda untuk mendapat manfaat kolagen agar minda anda tetap berkeadaan baik walaupun semakin meningkat usia.
Berminat untuk mendapatkan shaklee collagen powder?
hubungi saya: shidah 017-6120160 call/sms/wassap
loveqayyim@gmail.com

Khasiat Meal shakes Shaklee

Meal Shake Shaklee Hidangan Nutrisi Lengkap untuk semua golongan.
************************************************************
Meal shake dari shaklee merupakan hidangan lengkap bernutrisi dan asid amino yang mudah diserap oleh badan dan bertukar kepada tenaga untuk kegunaan seharian. Diperbuat daripada bahan semulajadi, buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain2. Lactalbumin adalah bahan terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam tubuh dari peringkat bayi sehingga dewasa. Kebiasaannya ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin,bacteriolysin dan sebagainya.

Meal shakes shaklee dihasilkan untuk semua golongan. Bayi (1 tahun ke atas), pelajar, kanak-kanak yang sedang membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran (vegetarian), individu yang sakit, individu yang sibuk bekerja, atau individu yang gemar mengambil makanan segera. Jika anda mencari sajian sarapan pagi yang penuh berkhasiat, Meal shakes shaklee merupakan pilihan bijak.

Rita Rudaini artis terkenal tanah air juga memilih Meal shake Shaklee dalam usaha beliau meningkatkan selera makan anak-anaknya. Gambar credit to Noorjihan Zainal Abidin
Manfaat utama Meal shakes shaklee
*******************************

  • Nutrisi lengkap - Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Meal shake turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak. 
  • Pembekal nutrisi kepada tubuh - Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit,kuku,rambut,organ,darah,sistem imun dan lain-lain.
  • Membantu tumbesaran - Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses tumbesaran.
  • Anti-oksida - Mengandungi vitamin A,C,E,zink,selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
  • Mengambalikan seri wajah - Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat,sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang cantik.
  • Detoksifikasi - Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
  • Rasa yang sedap - Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi; penggantian segera terhadap kekurangan viamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.
*Hanya 120 kalori setiap hidangan. Boleh dicampur/dikisar bersama buah-buahan, Shaklee Energizing Soy Protein (ESP), atau apa jua jenis minuman kegemaran.

Anda pon mahu mendapatkan sajian sarapan yang berkhasiat ini?
hubungi saya: shidah - 017-6120160
lawati page saya di facebook : Love Qayyim Love Vitamins

Hamil dengan GLA Shaklee






Langkah Cepat Hamil dengan GLA Complex Shaklee
*****************************************************
Bagi pasangan yang sudah lama berumahtangga tapi belum dikurniakan cahaya mata, anda boleh berusaha dengan mengamalkan GLA Complex dari shaklee. Walaubagaimanapun, harus  diingatkan bahawa kita hanya berusaha.. 
Secara teorinya gamma linolenik acid dalam biji bunga borage dapat membantu pasangan yang ingin mendapatkan anak untuk senang hamil. Namun ia tetap berbalik kepada Yang Maha Kuasa.
Jadi sebelum berusaha haruslah kita berbanyak mengingati-Nya semoga dianugerahkan cahaya mata idaman.
GLA Complex ini diambil oleh isteri, dan saya sarankan di samping GLA complex, isteri juga mengambil set A (Vita Lea, B Complex dan Vita C), untuk persediaan sekiranya hamil. Vita Lea dan B Complex membekalkan asid folik yang cukup bayi mengelakkan kecacatan pada bayi, seperti spina bifida.
Baiklah, cara-cara pengambilan GLA untuk cepat hamil:
  1. Isteri hendaklah mengetahui kitaran haidnya. Samada yang normal 28 hari, atau 30 hari atau 36 hari dan sebagainya.
  2. Haid tidak tetap? Ya, saya akui agak sukar namun boleh mengagak yang terbaik.
  3. Bahagikan hari kitaran haid kepada 2. katakan 28 hari, maka 28/2=14.
  4. Maka dianggarkan masa subur isteri itu adalah dalam hari ke-14 dari hari pertama haid, +/- 5 hari.
  5. Maka pengambilan GLA Complex dimulakan dari hari pertama haid hingga sehari sebelum hari subur. Dalam kes hari subur ke-14, maka GLA diambil sehingga hari ke-13.
  6. Pengambilan suplemen lain diteruskan seperti biasa.
  7. Sekiranya untuk cycle berikutnya isteri tidak mengalami kedatangan haid, kemungkinan besar sudah hamil.
  8. Jika tidak, ulangi proses tersebut. Credit
* periksa lendir serviks anda!
Lihat samada cair,tebal,coklat @ kuning
- ini adalah tanda kurang baik dan menghalang proses persenyawaan!
Jadi, adalah penting untuk anda kenali "cecair kesuburan" anda.

Kaya dengan Minyak biji Bunga Matahari

In shaa ALLAH.
Sekali lagi, kita berusaha dan bertawakal kepada Allah. Semoga semua pasangan suami isteri yang berhajatkan anak dari zuriat sendiri bakal menimangnya.

Berminat untuk mendapatkan 
GLA Complex dan vitamin2 lain? 
Hubungi saya
shidah-o17-6120160

Meal Shakes Shaklee - Hidangan bernutrisi lengkap dan berkhasiat.

Kalau sebut meal shake shaklee mesti terfikirkan kanak-kanak. Sebab meal shake amat sinonim dengan kanak-kanak. 
~ Anak kurang selera makan, lepas bagi meal shake, selera bertambah. 
~ Anak sering demam, tak sihat, lepas bagi meal shake, kesihatan bertambah baik dan susah nak demam. Kalau demam pon cepat je sembuh.
~ Tumpuan anak-anak dalam pelajaran pon makin baik.
Sebenarnya selain untuk kanak-kanak, meal shake juga sesuai untuk orang dewasa. 


Meal shakes Shaklee - Sarapan berkhasiat
Meal shake boleh disajikan sebagai sarapan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:

•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium 

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  









Terlalu kurus? Cubalah meal shakes dari Shaklee
Jadi mereka2 yang mahu menambah sedikit berat badan memang disarankan sangat mengambil meal shake + vita lea + b complex dari shaklee. 

Selain itu meal shake amat baik untuk kulit. Ruam, kudis, gatal-gatal, kurap air, kulit kering memang boleh dikurangkan dengan pengambilan meal shake.










Testimoni Meal Shakes

************************

"Meal shake x abih lg sbekas, kadang2 aku trlupa nk cmpur dgn susu ank aku,tapiiiii dgn izin Allah smlm timbang kt KD dh naik 2kg... yg teruja nasi pn dh mkn, brtmbh lg... susu sebotol bsr msti abih.... Nurse tanye ada bg suplimen ke? Aku ckp ada, minum meal shake... nurse ckp bgus meal shake tu.... Alhmdulillh, seronok je...  "

Testimoni meal shakes shaklee
---------------------------------------------------------------------------------------------
Salam semua. Anak kurang makan dan badan kecil saja..sure orang lain ingat baru setahun..begitu juga salah seorang custumer saya.. Sangat risau mengenai anaknya yang 2 tahun lebih..pelbagai supplemen dh cuba..badan tetap sama dan selera makan tak bertambah. Saya cadangan cuba mealshake dan alhamdulillah 2 hari lepas beliau sms saya seperti ini " Wsslm.. Bru tringt nk msg akk td. Alhamdulillah kak, mkn mkin brselera.. Srnok sy tgk. Kra msk moi kt bby, wat lbh utk dia skali. Kak tau x, msa 1st time sy bg.. Dr pg smpi mlm nk tdo bru brenti mkn, haha. Mkn xbyk, tp xbrenti.. Tgk semput pn da kurg da.. Klu x, btuk ckt ja.. Msti mlarat smpi ssak nfas.. Ni tgk, btuk ckt2 pas2 hlg.. Lega rsa sy kak.. Da lma cri supplement yg ssuai utk ank cmni.. 
---------------------------------------------------------------------------------------
Salam:)semue...ni first time nk wat testimoni,hri ni dh smigu gune Produk mealshake tuk ank sye,nampak sgt perubhn pde die,minum ssu kuat,mkn dhlh xpyah pakse2 lg dh pandai mtk sndri n xblh nmpk ape kite mkn msti die nk..skrg ni saye btul2 prcye ade Produk yg blh mmbntu ank sye,30/5 ni ank sye g tmbg mudh2hn naiklh brt bdnnye hihiiii.........
-------------------------------------------------------------------------------------------
Ank sy x ecxema cuma kulit sensitif dan kering...alhmdulilllah lpas bg mealshake kulit nmpk lbh lembap dan bersih
------------------------------------------------------------------------------------------

Berminat mahu mendapatkan meal shakes?
hubungi saya ditalian
017-6120160 (shidah)
shaklee ID:931022

Promosi sepanjang Jun. Beli 6 can percuma 1 can meal shakes. Selamat bershaklee..


Gabungan untuk mendapatkan tenaga yg optimum sepanjang hari

Sunday 9 June 2013

Tangani Senggugut

APA ITU SENGGUGUT?
*************************
Senggugut adalah kesakitan yang lazim dialami oleh anak gadis yang baru meningkat remaja ketika kedatangan haid. 

Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit dikalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan oleh sejenis hormon yang digelar  “Prostaglandin”.   

Senggugut dikaitkan dengan pengeluaran berlebihan bahan yang disebut prostaglandin dari lapisan dalaman rahim (uterus) semasa haid. Prostaglandin mengakibatkan kontraksi otot rahim dan perubahan pembuluh darah. Keadaan ini menimbulkan rasa ngilu atau sakit ketika haid. Ketulan darah haid yang membeku boleh juga menyekat aliran keluar darah dan meningkatkan tekanan intrauterin sehingga menyebabkan rasa sakit. Senggugut boleh juga disebabkan oleh penyakit seperti penyakit keradangan pelvis atau pinggul, endometriosis dan kanser rahim. la ditandai oleh rasa senak di bahagian bawah abdomen selama beberapa hari sebelum haid dan kadangkala berlangsung sehingga selesai haid. 

Kesakitan ini berbeza antara seorang wanita dengan yang lain.  Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk hingga tergolek-golek. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid bergantung kepada keadaan.

Senggugut yang bukan disebabkan penyakit, akan hilang setelah anak gadis itu berkahwin dan melahirkan anak pertama. Manakala senggugut akibat penyakit pula, penghidapa dinasihati untuk berjumpa pakar untuk mendapatkan rawatan khusus bergantung kepada jenis penyakit. 

Tangani senggugut dengan GLA Complex Shaklee
***************************************************
GLA Complex Shaklee

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulananBiasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.

Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

  • GLA Complex dapat membantu melegakan sindrom Pra-Haid.
  • Dapat menurunkan kadar kolesterol dalam badan
  • Membantu meningkatkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan dimana lendir kesuburan ini hanya dihasilkan sebulan sekali. Lendir ini membantu sperma bergerak ke arah tiub folopio dan berada disitu selama 5 hari. Jadi,jika tidak kena pada waktu subur masih ada harapan hamil kerana sperma boleh sampai sehingga 5 hari. ^_^
  • GLA mengandungi prostagdalin EL membantu hormon penting untuk fungsi kimia bdn bagi mengawal stress, tekanan darah, sakit otot, dan menghalang rembesan gastrik, anti keradangan dan anti beku darah.
  • Bonus!! GLA juga membuatkan wajah anda berseri (glowing2 gitu).HILANGKAN JERAWAT dan JERAGAT! credit

Mahu mendapatkan GLA Complex dari shaklee?
Hubungi saya
shidah-017-6120160 @ 
lawati saya di facebook: Taman Rashidah Utama. 
page: Loveqayyim Love Vitamins.

Saturday 8 June 2013

Alfalfa dan keputihan

Apa itu keputihan?
********************

Merupakan lelehan yang keluar daripada faraj. 
Keputihan mungkin normal apabila berlaku perubahan hormon dalam badan mengikut kitaran haid yang kita alami. Apabila hormon estrogen naik tinggi, maka keputihan akan berlaku seperti sebelum haid.
Mengandung juga boleh menyebabkan keputihan berlebihan. Selain itu, perasaan ghairah juga boleh meyebabkan keputihan yang banyak/excessive discharge.
Namun ada masanya keputihan itu disebabkan penyakit. Sebab yang tidak normal adalah seperti berlakunya jangkitan kuman di kawasan faraj, ada benda asing memasuki dalam faraj, penggunaan sabun/feminine wash/ sabun pada pakaian, ubat-ubatan (termasuk ubat tradisional), ketumbuhan pada pangkal rahim atau barah, ataupun perbuatan memasukkan alat-alat ataupun jari-jemari yang tidak bersih ke dalam kawasan faraj tersebut.
Sebab itu, penting suami dan isteri masing-masing memastikan bahawa tubuh mereka sentiasa bersih, kuku dipotong pendek, serta tidak mengamalkan perbuatan yang boleh mengundang kuman ataupun irritant/bahan kerengsaan luar ke dalam kawasan faraj. Kawasan faraj adalah zon yang sensitif baik dari segi sensori mahupun di segi keperluan jagaan yang rapi kerana di sinilah bermulanya aktiviti pertemuan dua insan untuk melahirkan zuriat yang soleh dan solehah. Faraj tidak boleh diperlakukan sewenang-wenangnya. Ianya perlu dijaga dengan baik. Di samping itu, sunnah bagi ummat Islam adalah mencukur bulu kemaluan kita (kawasan faraj dan di dubur) setiap bulan. Ini suatu amalan yang baik kerana kadangkala mungkin cebisan najis masih melekat pada bulu-bulu kawasan kemaluan tanpa disedari hingga boleh menyebabkan jangkitan.
Bila berlaku perubahan pada pengeluaran cecair daripada faraj ini, perkara pertama sekali adalah muhasabah pada diri kita - adakah faktor tekanan (biasa bagi golongan remaja yang hendak menduduki peperiksaan SPM dll, siswi di kampus dan sebagainya), ataupun faktor aktiviti lasak atau berlebihan daripada sebelum ini (overactivitiy/exercise). Sekiranya ada, ia tidak perlu kepada ubat. Cukup dengan mengubah punca rasa tekanan dan aktiviti, sambil itu, elakkan penggunaan bahan yang disebutkan tadi seperti sabun. Pakaian dalam yang sedang dibasuh hendaklah dibilas dengan sebaiknya hingga keluar semua kotoran dan bahan pencuci dan pelembut kain.
Cara mencuci faraj adalah perlu di basuh dari depan ke belakang; yakni menjirus atau mengelap faraj anda dari bahagian pangkal atas menuju ke bahagian bawah. Jangan diulang lagi melainkan menggunakan tisu yang baru. Jika mencuci menggunakan tangan, hanya cuci di kawasan faraj sahaja. Ini untuk mengelakkan tisu atau jari-jemari berkenaan terkena kawasan dubur yang dipenuhi berbagai bakteria yang, jika ia termasuk ke kawasan faraj, akan menimbulkan jangkitan dan sakit yang amat sangat. Oleh itu elok jika kedua-dua alat sulit ini dibasuh berasingan terlebih dahulu, umpamanya selepas membuang air besar, dengan memastikan keseluruhan kawasan itu dibersihkan daripada najis. Pastikan jari telah disabunkan dan dicuci dengan bersih sebelum mencuci kawasan faraj pula.
-Dr Salwana Mohyiddin
Jururunding Pakar Sakitpuan
Hospital Tanah Merah, Kelantan
Rawat keputihan dengan Alfalfa Shaklee
******************************************

Rungsing dengan masalah yg tidak pernah2 selesai ini? Selain berjumpa pakar, cubalah amalkan vitamin shaklee ini. . Alfalfa bukanlah ubat yg bertindak menghilangkan masalah keputihan, namun merupakan vitamin berasaskan herba semulajadi yang dimampatkan menjadi tablet yang mampu menangai masalah keputihan anda. 

Alfalfa berfungsi sebagai antikulat mampu menghalang serangan kulat dan menstabilkan keadaan badan dalam keadaan normal.

Selain itu, Alfalfa juga mampu membuang lemak terkumpul dari badan. Bertindak sebagai pemecah kahak, melegakan gatal2, rendahkan kadar kolestrol, Lancarkan aliran darah.
Alfalfa Complex Shaklee-1001 khasiat

Berminat untuk mendapatkan vitamin anda?
Hubungi saya: 017-6120160-shidah
fb: Taman Rashidah Utama
email fb: eda_sidekamat@yahoo.com
email: loveqayyim@gmail.com

Friday 7 June 2013

kurus dengan cara sihat dan selamat

Kurus!!!! Ramping!!!! Slim!!!!!

Badan yang ramping memang menjadi idaman semua orang. Bukan sahaja wanita, lelaki pon mahu badan yang boleh kita katakan sempurna. Anak dara dan isteri lebih-lebih lagi.. Haruslah. Ramping bukan sahaja cantik malah sihat. Nak bergerak pon senang. Nak berfesyen pon senang.

Bagi anda yang gemarkan makan makanan berlemak, haruslah amalkan sesuatu yang boleh detox kembali lemak dari dalam badan. Rasa di lidah memanglah sedap. Tapi bila dah masuk ke dalam perut, akan mengundang pelbagai penyakit. Vitamin shaklee ada menyediakan pelbagai vitamin yang sesuai untuk semua golongan.
                                                                                                                                                                                            1-Lecithin bertindak untuk mengimulisasikan lemak. Justeru bila kita makan makanan berlemak, ambil Lecithin, maka lemak-lamak tadi akan diperangkap dalam molekul lecithin.

Alfalfa+Lecithin-set kurus bajet. Harga mampu milik.
2-Alfalfa bertindak menyingkirkan lemak dari badan. Ambil bersama Lecithin, setelah Lecithin mengikis lemak-lemak tersebut, Alfalfa akan menghalau lemak-lemak tersebut keluar! syokkan..











Set lengkap mengikut ketebalan poket anda..wink!wink!
Macam kita memasak, gulai ke, kari ke, rendang ke, mesti ada step2 diakan? Untuk pastikan rasa masakan kita tu sedap dan menjadi. Macam tu juga proses penurunan berat badan ni. Haruslah ada step yang lengkap untuk memastikan tindakannya lebih umphh dan cepat.

Anda pasti berpuas hati selepas mendapatkan set penurunan berat badan ni. Kalau berat x turun mendadak pon, inci pasti berkurangan. Sikit0sikit pon dah bagus sangat sebab ni bukan ubat. Tp vitamin yang bertindak secara perlahan dan lembut. Tak bolehah secara mendadak, nanti terkejut badan, hal lain plak timbul.

Apapon, semuanya bergantung kepada penerimaan badan jugak. Ada yang cepat, ada yang lambat. Yang penting, jangan sesekali berputus asa!!!


Set kurus 1
 Berminat nak mendapatkan set penurunan berat badan anda?
hubungi saya:~
sms/wassap:~017-6120160-shidah
fb: Taman Rashidah Utama
Set kurus 2