Saturday 8 June 2013

Alfalfa dan keputihan

Apa itu keputihan?
********************

Merupakan lelehan yang keluar daripada faraj. 
Keputihan mungkin normal apabila berlaku perubahan hormon dalam badan mengikut kitaran haid yang kita alami. Apabila hormon estrogen naik tinggi, maka keputihan akan berlaku seperti sebelum haid.
Mengandung juga boleh menyebabkan keputihan berlebihan. Selain itu, perasaan ghairah juga boleh meyebabkan keputihan yang banyak/excessive discharge.
Namun ada masanya keputihan itu disebabkan penyakit. Sebab yang tidak normal adalah seperti berlakunya jangkitan kuman di kawasan faraj, ada benda asing memasuki dalam faraj, penggunaan sabun/feminine wash/ sabun pada pakaian, ubat-ubatan (termasuk ubat tradisional), ketumbuhan pada pangkal rahim atau barah, ataupun perbuatan memasukkan alat-alat ataupun jari-jemari yang tidak bersih ke dalam kawasan faraj tersebut.
Sebab itu, penting suami dan isteri masing-masing memastikan bahawa tubuh mereka sentiasa bersih, kuku dipotong pendek, serta tidak mengamalkan perbuatan yang boleh mengundang kuman ataupun irritant/bahan kerengsaan luar ke dalam kawasan faraj. Kawasan faraj adalah zon yang sensitif baik dari segi sensori mahupun di segi keperluan jagaan yang rapi kerana di sinilah bermulanya aktiviti pertemuan dua insan untuk melahirkan zuriat yang soleh dan solehah. Faraj tidak boleh diperlakukan sewenang-wenangnya. Ianya perlu dijaga dengan baik. Di samping itu, sunnah bagi ummat Islam adalah mencukur bulu kemaluan kita (kawasan faraj dan di dubur) setiap bulan. Ini suatu amalan yang baik kerana kadangkala mungkin cebisan najis masih melekat pada bulu-bulu kawasan kemaluan tanpa disedari hingga boleh menyebabkan jangkitan.
Bila berlaku perubahan pada pengeluaran cecair daripada faraj ini, perkara pertama sekali adalah muhasabah pada diri kita - adakah faktor tekanan (biasa bagi golongan remaja yang hendak menduduki peperiksaan SPM dll, siswi di kampus dan sebagainya), ataupun faktor aktiviti lasak atau berlebihan daripada sebelum ini (overactivitiy/exercise). Sekiranya ada, ia tidak perlu kepada ubat. Cukup dengan mengubah punca rasa tekanan dan aktiviti, sambil itu, elakkan penggunaan bahan yang disebutkan tadi seperti sabun. Pakaian dalam yang sedang dibasuh hendaklah dibilas dengan sebaiknya hingga keluar semua kotoran dan bahan pencuci dan pelembut kain.
Cara mencuci faraj adalah perlu di basuh dari depan ke belakang; yakni menjirus atau mengelap faraj anda dari bahagian pangkal atas menuju ke bahagian bawah. Jangan diulang lagi melainkan menggunakan tisu yang baru. Jika mencuci menggunakan tangan, hanya cuci di kawasan faraj sahaja. Ini untuk mengelakkan tisu atau jari-jemari berkenaan terkena kawasan dubur yang dipenuhi berbagai bakteria yang, jika ia termasuk ke kawasan faraj, akan menimbulkan jangkitan dan sakit yang amat sangat. Oleh itu elok jika kedua-dua alat sulit ini dibasuh berasingan terlebih dahulu, umpamanya selepas membuang air besar, dengan memastikan keseluruhan kawasan itu dibersihkan daripada najis. Pastikan jari telah disabunkan dan dicuci dengan bersih sebelum mencuci kawasan faraj pula.
-Dr Salwana Mohyiddin
Jururunding Pakar Sakitpuan
Hospital Tanah Merah, Kelantan
Rawat keputihan dengan Alfalfa Shaklee
******************************************

Rungsing dengan masalah yg tidak pernah2 selesai ini? Selain berjumpa pakar, cubalah amalkan vitamin shaklee ini. . Alfalfa bukanlah ubat yg bertindak menghilangkan masalah keputihan, namun merupakan vitamin berasaskan herba semulajadi yang dimampatkan menjadi tablet yang mampu menangai masalah keputihan anda. 

Alfalfa berfungsi sebagai antikulat mampu menghalang serangan kulat dan menstabilkan keadaan badan dalam keadaan normal.

Selain itu, Alfalfa juga mampu membuang lemak terkumpul dari badan. Bertindak sebagai pemecah kahak, melegakan gatal2, rendahkan kadar kolestrol, Lancarkan aliran darah.
Alfalfa Complex Shaklee-1001 khasiat

Berminat untuk mendapatkan vitamin anda?
Hubungi saya: 017-6120160-shidah
fb: Taman Rashidah Utama
email fb: eda_sidekamat@yahoo.com
email: loveqayyim@gmail.com


No comments:

Post a Comment